Jadikan raya tahun ini lebih bermakna. Kehadiran Syawal terus dirai walaupun tanpa orang-orang tersayang di sisi. Setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan sepanjang  sambutan Aidilfitri ini. 

Sumber Info Grafik : Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Raikan Aidilfitri dengan norma baharu. Operasi Pusat Internet ditutup dari 23 Mei 2020 (Sabtu) hingga 27 Mei 2020 (Rabu). Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami dan Maaf Zahir & Batin.

Amalan dan norma kehidupan baharu serta peraturan yang wajar diikuti dalam menangani dan mencegah penularan wabak Covid-19. Semua pihak harus berganding bahu dan bertanggung jawab. Tingkatkan kawalan kendiri. Pastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti berada di tahap maksimum. Kita mesti menang!

Sumber Info Grafik : Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Kita semua mungkin berisiko sekiranya gagal dan tidak mengamalkan norma baharu seperti mana yang disarankan oleh KKM ketika berada di luar rumah. Oleh itu, sila patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan lakukan kawalan kendiri.

Sumber Info Grafik : Majlis Keselamatan Negara (MKN)