Pemilik jenama Classic Crup Chips ini ialah Muhd Zulhusaini bin Mohd Mazlan merupakan anak jati Kampung Sungai Renyut, Kelantan. Saudara Zulhusaini atau lebih dikenali sebagai Zul dalam kalangan penduduk setempat merupakan seorang anak muda yang sedang menunggu untuk menyambung pelajaran ke peringkat IPT. Produk Classic Crup Chips ini didatangi dalam perisa keju yang menakjubkan. Classic Crup Chips boleh didapati di gerai burger Zul sendiri yang beralamat di Tip Top Burger & Bubble Tea, Kampung Renyuk 17610 Kuala Balah Kelantan dan sedia menerima tempahan terutamanya ketika musim perayaan. Produk Classic Crup Chips ini mendapat sambutan dalam kalangan penduduk kampung terutama sekali pada musim perayaan. Selain itu produk ini juga sesuai dimakan sebagai kudapan pada waktu lapang.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

MUHD ZULHUSAINI BIN MOHD MAZLAN

NO 82 JALAN MINI HIDRO KAMPUNG SUNGAI RENYUT

17600 JELI

KELANTAN

TEL     : 0139283634

EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pemilik jenama Meksiti Ciktie ini ialah Nor Izati Binti Mohd Saidi yang berasal dari Kampung Sungai Renyut, Kelantan. Saudari Izati atau lebih dikenali sebagai Cik Tie dalam kalangan penduduk setempat merupakan seorang lulusan sarjana muda dari IPT tempatan. Antara variasi produk biskut yang dikeluarkan oleh saudari Izati ialah Tart Nenas Gebu, Hazel London Viral, Kacang Mozala dan lain-lain lagi. Meksiti Ciktie beroperasi saban hari di rumahnya di Kampung Sungai Renyut dan sedia menerima tempahan terutamanya ketika musim perayaan. Produk Meksiti Ciktie ini mendapat sambutan dalam kalangan penduduk kampung terutama sekali pada musim perayaan. Produk-produk keluaran Meksiti Ciktie ini dihasilkan sendiri olehnya. Produk ini boleh juga didapati di kedai-kedai runcit terpilih atau terus menghubungi saudari Izati.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

NOR IZATI BINTI MOHD SAIDI

NO 64, KAMPUNG SUNGAI RENYUT

17600 JELI

KELANTAN

TEL     : 014-5306635

EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengasas kepada perniagaan ini ialah Wan Kartini Binti Wan Omar. Beliau merupakan usahawan bimbingan RISDA dan telah memulakan perniagaan ini setahun yang lalu. Beliau menjalankan operasi pembuatan kerepek ini dirumahnya sendiri. Terdapat beberapa jenis paket kerepek ubi yang dihasilkan antaranya:

Kerepek Ubi Pedas

Kerepek Ubi Biasa

Kerepek Ubi Tomyam

Kerepek Ubi Extra Pedas

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

WAN KARTINI BINTI WAN OMAR

NO.18, KG. REKA,

17600 JELI,

KELANTAN

TEL     : 013-9965571

EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pemilik produk ikan pekasam ini ialah Puan Faridah Binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kak Dah dalam kalangan penduduk sekitar. Kak Dah juga merupakan pemilik kedai makan Warung Kak Dah yang beroperasi saban hari di Kampung Sungai Renyut. Produk ikan pekasam ini dihasilkan sendiri oleh Kak Dah dengan menggunakan ikan yang ditangkap sendiri dan juga yang dibeli daripada orang-orang sekitar kampung. Ikan yang diperoleh segar akan melalui beberapa proses sebelum dijeruk dan dipaket untuk dijual secara runcit dan juga borong kepada para peminat ikan pekasam. Produk ini boleh didapati di kedai makan Kak Dah sendiri yang terletak bersebelahan Pusat Internet Kg Renyut.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

PUAN FARIDAH BINTI ABDULLAH

KAMPUNG SUNGAI RENYUT

17610 JELI,

KELANTAN DARUL NAIM

TEL     : 013-9366382

EMAIL : -

Akok1 Akok2 Akok3

Kuih akok merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri Pantai Timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini juga amat popular ketika bulan Ramadhan. Rasanya yang lemak manis amat digemari oleh semua peringkat usia. Ia boleh didapati di kampung Belahat yang mana terletak kira-kira 10 km dari bandar Jeli ditepi jalan besar Jeli-Dabong di Edy Jaya Enterprise. Terdapat beberapa pilihan akok yang disediakan antaranya:

Akok Kedut

Akok1

Akok Bunga @ Akok Kemboja

Akok2

Akok Pandan

Akok3