Pemilik produk ikan pekasam ini ialah Puan Faridah Binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kak Dah dalam kalangan penduduk sekitar. Kak Dah juga merupakan pemilik kedai makan Warung Kak Dah yang beroperasi saban hari di Kampung Sungai Renyut. Produk ikan pekasam ini dihasilkan sendiri oleh Kak Dah dengan menggunakan ikan yang ditangkap sendiri dan juga yang dibeli daripada orang-orang sekitar kampung. Ikan yang diperoleh segar akan melalui beberapa proses sebelum dijeruk dan dipaket untuk dijual secara runcit dan juga borong kepada para peminat ikan pekasam. Produk ini boleh didapati di kedai makan Kak Dah sendiri yang terletak bersebelahan Pusat Internet Kg Renyut.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

PUAN FARIDAH BINTI ABDULLAH

KAMPUNG SUNGAI RENYUT

17610 JELI,

KELANTAN DARUL NAIM

TEL     : 013-9366382

EMAIL : -