Kampung Renyuk telah dibuka awal tahun 70an, oleh seorang peneroka tanah yang bernama Mamat Bin Kasim atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat. Beliau ditemani oleh beberapa kawannya turut sama meneroka kawasan tersebut.

Kampung Renyuk diambil semperna satu sejarah masa dahulu. Seekor rusa yang bermain-main ditepi sungai dengan Chegal Panjang. Kaki rusa tersebut tersandung dek akar rotan tawar. Akibatnya kaki rusa terlakat dicelahan serabut akar rotan itu. Rusa tersebut telah cuba berkali-kali mengenyut kakinya supaya terlepas dari belitan akar tersebut. Ekoran daripada rusa mengenyutkan kakinya berkali-kali. peneroka tanah Pak Mat dan rakan-rakannya bersepakat menamakan kampung ini dengan nama Kampung Renyut.