Air Terjun Lata Renyok 

LR1 LR2

2

4

 3

Air terjun ini terletak betul-betul di Kampung Renyuk iaitu lebih kurang 14 km dari bandar Jeli. Anda hanya perlu mengambil jalan menghala ke Kuala Balah atau jalan Jeli – Jelawang - Gua Musang. Ianya terhasil daripada aliran sungai Renyok yang bermula dari banjaran Titiwangsa sebelum menghilir masuk kedalam Sungai Pergau. Kelebihan kawasan air terjun ini ia dapat diakses rapat oleh kenderaan biasa kerana disitu juga terdapat sebuah mini hidro elektrik yang beroperasi sehingga sekarang. Sungai Renyok merupakan salah satu punca sungai membekalkan air untuk empangan hidro elektrik Pergau.

 

Kemudahan

  • Pembinaaan sebuah dewan serbaguna
  • Surau
  • Tandas
  • Tapak perkemahan sentiasa dibersihkan
  • Pagar disekitar kawasan dewan

Tarikan / Aktiviti

  • Mandi manda
  • Menyelam
  • Barbeku
  • Santai-santai bersama ahli keluarga
  • Memancing
  • Menjulir
  • Menahan pukat
  • Menjala ikan
  • Menahan Jongkah
  • Menangguk