Pemilik jenama Meksiti Ciktie ini ialah Nor Izati Binti Mohd Saidi yang berasal dari Kampung Sungai Renyut, Kelantan. Saudari Izati atau lebih dikenali sebagai Cik Tie dalam kalangan penduduk setempat merupakan seorang lulusan sarjana muda dari IPT tempatan. Antara variasi produk biskut yang dikeluarkan oleh saudari Izati ialah Tart Nenas Gebu, Hazel London Viral, Kacang Mozala dan lain-lain lagi. Meksiti Ciktie beroperasi saban hari di rumahnya di Kampung Sungai Renyut dan sedia menerima tempahan terutamanya ketika musim perayaan. Produk Meksiti Ciktie ini mendapat sambutan dalam kalangan penduduk kampung terutama sekali pada musim perayaan. Produk-produk keluaran Meksiti Ciktie ini dihasilkan sendiri olehnya. Produk ini boleh juga didapati di kedai-kedai runcit terpilih atau terus menghubungi saudari Izati.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

NOR IZATI BINTI MOHD SAIDI

NO 64, KAMPUNG SUNGAI RENYUT

17600 JELI

KELANTAN

TEL     : 014-5306635

EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.