Sepanjang tempoh PKP dan terutamanya dalam bulan Ramadan mungkin ramai yang akan membuat pesanan makanan melalui atas talian. Anda disarankan memesan makanan yang berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Bagi penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai (Riders), anda perlu mengikut panduan keselamatan makanan iaitu perkara atau keperluan yang perlu diambil berat selaku penghantar makanan.

Sumber Info Grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Ayuh semua bersama-sama berganding bahu putuskan rantaian wabak Covid-19 dengan mengikuti segala saranan dan peraturan daripada pihak berkuasa. Kita Mesti Menang!

Sumber Info Grafik : Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Terdapat beberapa golongan berisiko tinggi dan mudah untuk dijangkiti terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan serta sejarah penyakit kronik. Ayuh kita semua lindungi golongan-golongan tersebut.

Sumber Info Grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Jika perlu menjalankan tugas dan bekerja semasa tempoh PKP berjalan, terdapat beberapa tip dan langkah pencegahan yang perlu diambil ketika berada di tempat kerja. Ikuti langkah pencegahan tersebut bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan.

Sumber Info Grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)