Salam Nuzul Al-Quran (10 Mei 2020) 17 Ramadan 1441H. Teruskan membaca, menghayati dan memahami isi kandungan al-Quran. Rebutlah ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan mulia ini.
Sumber Info Grafik : Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Mulai 4 Mei 2020, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Terdapat beberapa kelonggaran diberikan akan tetapi ia perlu mengikuti garis panduan yang diberikan. Apa yang perlu anda tahu tentang PKPB ini?
Sumber Info Grafik : Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC)
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam bulan Ramadan mungkin memberi sedikit halangan dan cabaran buat kita semua. Namun begitu, kita diseru supaya sentiasa kekal aktif dan cergas. Ramadan dan PKP bukan penghalang untuk kita menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan senaman-senaman ringan serta amalan pemakanan yang sihat.
Sumber Info Grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Gerak Malaysia adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak Covid-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak. Ia juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak Covid-19. Bagi mereka yang terkandas di sesuatu tempat, anda diminta untuk membuat permohonan permit perjalanan antara negeri yang bermula pada 7 Mei 2020 hingga 10 Mei 2020 di aplikasi mudah alih Gerak Malaysia. Ia boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery. Layari https://www.gerakmalaysia.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber Info Grafik : Portal Gerak Malaysia
Empat pelan tindakan utama bagi membendung penularan Covid-19 dalam negara. Setiap pelan mempunyai sebab dan tujuan yang munasabah dan mampu membendung penularan wabak ini.
Sumber Info Grafik : Majlis Keselamatan Negara (MKN)