Gerak Malaysia adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak Covid-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak. Ia juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak Covid-19. Bagi mereka yang terkandas di sesuatu tempat, anda diminta untuk membuat permohonan permit perjalanan antara negeri yang bermula pada 7 Mei 2020 hingga 10 Mei 2020 di aplikasi mudah alih Gerak Malaysia. Ia boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery. Layari https://www.gerakmalaysia.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber Info Grafik : Portal Gerak Malaysia