Perdana Menteri mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa pada 1 April bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat. Inisiatif pengeluaran i-Lestari ini tertakluk kepada jumlah maksimum RM 500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun. Layari laman web https://ilestari.kwsp.gov.my/

Sumber Info Grafik : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) & Berita Harian

Sumber Info Grafik : Majlis Keselamatan Negara (MKN) & Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Jaga kesihatan semasa tempoh duduk di rumah ketika perintah kawalan pergerakan (PKP). Kawal pengambilan makanan, kawal kalori dan kawal nafsu. Jangan lupa lakukan senaman ringan dan ringkas untuk kekal cergas.

Sumber Info Grafik : Bahagian Pemakanan KKM & WHO

MySejahtera adalah aplikasi pemantauan COVID-19 yang dibangunkan untuk membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri dan mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan serta menerima maklumat terkini dan panduan daripada sumber yang sahih.

Sumber Info Grafik : Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)