PENGENALAN LOKASI / TEMPAT

Maklumat Kedudukan & Peta - Negeri

Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Petakelantan1

Maklumat Kedudukan & Peta - Jajahan

Jeli merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah Batu Melintang, Air Lanas dan Kuala Balah. Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb. Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai iaitu sejurus lebuhraya timur barat dari sini ke Gerik, Perak dibuka ketika itu. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan.

Maklumat Kedudukan & Peta - Daerah

Pekan Kuala Balah merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kuala Balah iaitu salah satu daerah kecil dalam jajahan Jeli.Pekan ini terletak kira-kira 32 km dari Pusat Bandar Utama Jajahan Jeli iaitu Bandar Jeli.Ia juga terletak 20 km dari Pekan Dabong Kuala Krai, 145 km dari Pusat Bandar Kota Bharu, 100 km dari Pusat Bandar Kuala Krai melalui Jalan Jeli-Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai dan 85 km dari Pusat Bandar Gua Musang melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang. Pekan Kuala Balah merupakan pusat tumpuan utama selain Pusat Bandar Jeli bagi penduduk dalam kawasan daerah kecil Kuala Balah.Pekan ini menjadi tumpuan kepada penduduk-penduduk dari 6 mukim yang berada dalam daerah kecil Kuala Balah.6 mukim tersebut ialah Mukim Lubok Bongor, Mukim Kubor Datu, Mukim Bukit Selar, Mukim Bukit Jering, Mukim Jerimbong dan Mukim Kuala Balah.

(Sumber : Wikipedia)

Maklumat Kampung

 

 

Nama Kampung

Kampung Renyuk

Tahun dibuka

 1970

Parlimen

 P30 Jeli

Ahli Parlimen

YB Tuan Zahari Bin Kechik

DUN

 N38 Kuala Balah

ADUN

 YB Datuk Abdul Hadi Awang Kechil

Daerah

 Kuala Balah

Pegawai Daerah/ Ketua Jajahan

 YBrs. Nik Mohamad Fahmi Bin Md Salleh

Mukim

 Lubok Bongor

Penghulu Mukim

 Abu Bakar Bin Yazid

Negeri

 Kelantan Darul Naim

Kedudukan

 20 km dari Pekan Dabong Kuala Krai, 145 km dari Pusat Bandar Kota Bharu

Keluasan

 340 Ekar

Kependudukan

 100% Melayu

Jumlah Penduduk

 980 Orang

Jumlah Rumah

 105 Buah

Hasil Pertanian

 Getah, Kelapa sawit, pisang, sayur-sayuran

KAWASAN KAMPUNG SEKITAR

Kampung Renyuk telah dibuka awal tahun 70-an oleh seorang peneroka tanah yang bernama Mamat bin Kassim. Penghuni awal kampung renyuk pada awal pembukaannya hanya dihuni oleh 7 orang peneroka sahaja, manakala rumah hanya terdapat 6 buah sahaja.

(Sumber: Buku profail Kampung Renyuk)

Senarai kampung – Mukim Lubok Bongor

  • Kampung Jabir
  • Kampung Jebeng
  • Kampung Lubok Bongor
  • Kampung Renyuk
  • Kampung Reka

Senarai kampung berdekatan (bukan dibawah mukim Lubok Bongor)

  • Kampung Kubur Datu
  • Kampung Chegal Bedil
  • Kampung Pasir Dusun
  • Kampung Seting

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI

 

Nama

YB. Datuk Abdul Hadi Awang Kechil

Jawatan

Mantan KP JLKN

Parti

PN - PAS

Adun

N38

Kawasan

Kuala Balah

No. Telefon (R)

-

No. Telefon (HP)

0199449949

No. Fax

-

Alamat Rumah

-

Alamat Pejabat

-

Populasi Penduduk Kampung Renyuk

INFO PENDUDUK

Jumlah Rumah

167 buah rumah

Jumlah Penduduk

1,030 orang

Bangsa Melayu

100% Melayu

Bangsa Cina

-

Bangsa India

-

Dewasa (18 Tahun Ke atas)

695 orang

Remaja (12 Hingga 19 Tahun)

247 orang

Kanak-kanak (0 Hingga 6 Tahun)

88 orang

 

JANTINA

Lelaki

495 orang

Perempuan

535 orang

 

UMUR

Peringkat Umur/Jantina

Lelaki

Perempuan

60 tahun keatas

46

50

40 – 59 tahun

146

136

18 – 39 tahun

140

151

13 – 17 tahun

46

45

12 – 6 tahun

71

112

0 – 5 tahun

48

40

Senarai Nama-Nama Penting

Bil

Jawatan

Nama

1

Ahli Parlimen

YB Dato' Zahari Kechik

2

Adun Kawasan

YB Datuk Abdul Hadi Awang Kechil

3

Pegawai Daerah

YBrs. Nik Mohamad Fahmi Bin Md Salleh 

4

Penggawa

Rozi Bin Mohamad

6

Ketua Kampung

 Abu Bakar Bin Yazid 

6

Imam Masjid

Kamal Azmie Bin Ahmad

7

Imam Surau

Yusof Ibrahim

8

Pengerusi JKKK