Perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi kepada 2 minggu. Sekarang kita berada di fasa 3 PKP. Mengapa kerajaan perlu melaksanakan pelanjutan PKP ini? Terdapat beberapa sebab kenapa perlunya pelanjutan PKP ini. 

Sumber Info Grafik : Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Beberapa perkara yang dipercayai oleh masyarakat tentang Covid-19. Namun hakikatnya, ia adalah mitos dan kepercayaan yang dibuat dan disebar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Amalkan konsep kebersihan diri untuk pencegahan sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Sumber Info Grafik : Bernama

Sebarang berita palsu boleh menyebabkan situasi menjadi panik serta juga boleh menggugat keselamatan negara. Dapatkan maklumat yang sahih dan tepat mengenai sebarang isu dan situasi terkini di saluran media rasmi yang disahkan. Layari https://sebenarnya.my/ untuk mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat yang tular.

Sumber Info Grafik : Majlis Keselamatan Negara (MKN) & Sebenarnya.my

Dalam keadaan situasi sekarang, semua diminta supaya sentiasa berhati-hati dan waspada dengan penipuan yang semakin berleluasa. Jangan mudah percaya dan memberi sebarang maklumat peribadi kepada orang lain.

Sumber Info Grafik : Majlis Keselamatan Negara (MKN) & Bank Negara Malaysia (BNM)

Jauhi pandangan negatif terhadap pesakit dan keluarga Covid-19. Mereka tidak minta untuk dijangkiti.

Sumber Info Grafik : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)