WhatsApp Image 2020 07 01 at 10.53.34 PM 

ANDA INGIN MEMENANGI WANG TUNAI RM 5,000?

Jom sertai Pertandingan Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang dibuka sekarang hingga 10 Julai 2020.

Layari laman web https://www.kkmm.gov.my/ atau https://www.penerangan.gov.my/japenv2/ untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan.

Serlahkan kreativiti anda!

Sumber Info Grafik : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan, MCMC bersama pembekal perkhidmatan mudah alih utama terus menyokong keperluan bekerja dan belajar dari rumah dengan melanjutkan kemudahan 1GB Harian Internet Produktiviti secara percuma untuk tempoh 24 jam bermula 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.

Tambahan pula, rakyat boleh menikmati akses percuma tanpa had kepada pelbagai aplikasi dan maklumat terkini mengenai COVID-19.  

Sumber Info Grafik : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Isi rumah B40 dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma adalah digesa untuk membuat semakan dan mendaftar segera sebelum 31 Mei 2020 di portal https://status.mytvbroadcasting.my/ atau hubungi Pusat khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988.

Sumber Info Grafik : Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC)