Hentikan Viral dan Sebar

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Tahukah anda, semakin banyak video atau gambar bunuh diri yang disebarkan, semakin tinggi kemungkinan untuk ‘suicide contagion’ dan boleh menimbulkan trauma kepada pembaca.

Jadilah individu prihatin, jangan rakam atau sebarkan. Hormati perasaan orang lain dan jadilah pengguna Internet yang bijak.

GarisPanduan

Sumber : JKJAV

Ibu mengandung adalah golongan berisiko tinggi dan penting untuk mereka mendapatkan vaksin COVID-19. Fahami dengan lebih lanjut tentang kesesuaian vaksin-vaksin COVID-19 kepada golongan ini. KIta Jaga Kita. Bersama-sama putuskan rangkaian Covid-19.

Nasihat

Sumber : MCMC

Beberapa tip dan nasihat keselamatan di Internet yang boleh dijadikan panduan kepada semua. Jadilah pengguna yang bijak dan berhemah ketika melayari Internet. Awas dan jangan leka. Keselamatan di Internet tanggungjawab bersama.

Jendela

Peta JENDELA adalah pusat sehenti untuk rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyemak liputan rangkaian, menghantar maklum balas dan permohonan perkhidmatan baharu daripada penyedia perkhidmatan.

Semua maklum balas yang dihantar melalui peta ini akan disalurkan kepada penyedia perkhidmatan untuk membolehkan mereka merancang perkhidmatan serta kesalinghubungan sekaligus memberi manfaat berimpak tinggi kepada kehidupan harian rakyat.

Layari Peta Jendela di pautan ini -https://jendela.my/