Tarikh : 08 Februari 2019

Masa : 04.30 petang - 05.30 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

 

TUJUAN :

Meningkatkan lagi kemahiran penggunaan komputer serta pengetahuan asas semasa. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan juga komuniti.

AKTIVITI :

Permainan dan pertandingan atas talian yang merangkumi tiga peringkat iaitu Puzzle, Menaip Pantas dan Kuiz atas talian.  Para peserta bersaing antara satu sama lain bagi mengumpul jumlah markah tertinggi. Hadiah disediakan kepada dua peserta terbaik secara keseluruhan.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 24 Januari 2019

Masa : 10.00 pagi - 01.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 8 orang

 

TUJUAN :

Memberi latihan khas kepada para pelatih sebagai persediaan pembelajaran dan program kesedaran kepada pengguna Pusat Internet dan komuniti setempat. 

AKTIVITI :

Para peserta terdiri daripada Pengurus Pusat Internet dalam Kluster Jeli. Taklimat tentang advokasi program dan juga panduan kesedaran kepenggunaan Internet dalam kehidupan seharian yang disampaikan oleh mentor yang telah menghadiri kursus sebelum ini. Sesi perbincangan tentang program dan aktiviti turut diadakan.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 15 Disember 2018

Masa : 08.00 pagi - 02.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 100 orang

 

TUJUAN :

Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat serta menggalakkan kempen gaya hidup sihat.Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan juga komuniti setempat.

AKTIVITI :

Pemeriksaan dan saringan kesihatan iaitu tekanan darah, kadar gula dalam darah serta BMI. Pertandingan menu sihat dan taklimat penyediaan makanan sihat. Pertandingan kuiz atas talian bertemakan kesihatan dan panduan kesedaran. Cabutan bertuah turut diadakan. Hadiah disediakan kepada para pemenang.

 

Gambar Di Sini

 

 

Tarikh : 10 Januari 2019

Masa : 03.30 petang - 04.30 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

 

TUJUAN :

Mewujudkan rasa semangat sempena awal tahun baharu 2019. Peserta diberikan beberapa tugasan dan aktiviti menarik. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan juga komuniti.

AKTIVITI :

Peserta diminta membuat poster Tahun Baharu dengan menggunakan aplikasi asas 'Paint'. Para peserta juga diminta menyelesaikan beberapa tugasan menaip secara atas talian. Peserta terbaik bagi setiap pusingan akan diberikan hadiah.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 17 November 2018

Masa : 03.00 petang - 05.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

 

TUJUAN :

Memberi pengukuhan terhadap pengetahuan asas umum serta memupuk rasa kecintaan terhadap Baginda Rasulullah SAW. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan dan permainan kuiz atas talian yang interaktif. Para peserta diberi masa untuk mencari maklumat dan mengulangkaji sebelum sesi permainan dijalankan. Para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz atas talian dalam masa yang ditetapkan. Hadiah diberikan kepada peserta terbaik.

 

Gambar Di Sini