Tarikh : 18 Oktober 2018

Masa : 03.00 Petang - 04.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 8 orang

TUJUAN :

Melatih serta memberi pengukuhan dan pengetahuan asas peserta dalam subjek Matematik melalui kuiz yang interaktif. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan dan permainan Matematik yang sangat menarik iaitu Math Bingo dan kuiz atas talian. Para peserta diberi latihan terlebih dahulu sebelum sesi permainan dijalankan. Para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz atas talian dalam masa yang ditetapkan. Hadiah diberikan kepada peserta terbaik.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh : 15,20,21,22 September 2018

Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 10 orang

TUJUAN :

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada teknik menjana pendapatan sampingan secara atas talian (Online).

AKTIVITI :

Penerangan dan pendaftaran akaun eRezeki. Para peserta diberi tunjuk ajar bagaimana mencari kerja dan menjana pendapatan melalui tugasan yang disediakan dan ditawarkan dalam laman tersebut. Di samping itu, peserta juga diberi pendedahan kepada beberapa platform eRezeki untuk menjana pendapatan secara mudah, cepat dan efektif.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 14 September 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

 

TUJUAN :

Memberi pendedahan dan panduan kepada peserta tentang penggunaan internet secara bijak dan berhemah.

AKTIVITI :

Tayangan video Klik Dengan Bijak. Soal jawab serta kuiz atas talian berkaitan dengan panduan keselamatan di internet berdasarkan isu dan keperluan semasa. Para perserta dapat memahami sesuatu maklumat yang diberikan dengan mudah dan pantas.

 

Gambar Di Sini

 

 

 

Tarikh : 15 September 2018

Masa : 12.00 tengahari - 1.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 4 orang

 

TUJUAN :

Memupuk semangat kemerdekaan dan kecintaan kepada negara serta menguji pengetahuan asas peserta tentang kemerdekaan, negara dan lain-lain. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan yang bertemakan kemerdekaan negara yang ke 61. Para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz atas talian dalam masa yang ditetapkan. Sebelum sesi bermula, para peserta diberi masa untuk mencari maklumat dan sebagainya. Hadiah diberikan kepada peserta terbaik.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh : 05 September 2018

Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi : Maahad Raudhah An-Nazirin

Jumlah Peserta : 33 orang

 

TUJUAN :

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam lapangan Programming serta panduan kesedaran penggunaan Internet secara berhemah. Di samping itu, ia mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet Kluster Jeli dan juga pihak sekolah.

AKTIVITI :

Pembelajaran dan latihan asas mengenai bidang Programming melalui aktiviti mudah dan menarik. Para peserta dilatih oleh para petugas secara terperinci sehingga dapat menguasai asas dengan baik. Di samping itu, peserta juga diberi taklimat mengenai panduan kesedaran penggunaan internet secara berhemah. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik.

 

Gambar Di Sini