Tarikh : 17 November 2018 Masa : 03.00 petang - 05.00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk Jumlah Peserta : 7 orang |
TUJUAN :
Memberi pengukuhan terhadap pengetahuan asas umum serta memupuk rasa kecintaan terhadap Baginda Rasulullah SAW. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para peserta.
AKTIVITI :
Pertandingan dan permainan kuiz atas talian yang interaktif. Para peserta diberi masa untuk mencari maklumat dan mengulangkaji sebelum sesi permainan dijalankan. Para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz atas talian dalam masa yang ditetapkan. Hadiah diberikan kepada peserta terbaik.
Tarikh : 08 November 2018 Masa : 03.00 petang - 04.00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk Jumlah Peserta : 7 orang |
TUJUAN :
Memberi pendedahan, pengetahuan asas serta panduan dan juga kesedaran tentang pembuangan e-Sisa Mudah Alih . Di samping itu, ia mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para pengguna.
AKTIVITI :
Penerangan kepada peserta mengenai panduan, kesedaran dan kepentingan pelupusan e-Sisa (Mobile E-Waste) mengikut saluran yang betul. Para peserta mencari bahan dan informasi melalui laman web yang disediakan. Kuiz atas talian turut diadakan dan hadiah disediakan kepada peserta terbaik.
Tarikh : 25 Oktober 2018 Masa : 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk Jumlah Peserta : 10 orang |
TUJUAN :
Memberi pendedahan dan panduan kepada peserta tentang penggunaan internet secara bijak dan berhemah.
AKTIVITI :
Tayangan video Klik Dengan Bijak. Soal jawab serta kuiz atas talian berkaitan dengan panduan keselamatan di internet berdasarkan isu dan keperluan semasa. Para perserta dapat memahami sesuatu maklumat yang diberikan dengan mudah dan pantas.
Tarikh : 26 Oktober 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk Jumlah Peserta : 11 orang |
TUJUAN :
Memberi pendedahan dan panduan kepada peserta tentang penggunaan internet secara bijak dan berhemah serta penyebaran berita palsu.
AKTIVITI :
Soal jawab serta kuiz atas talian berkaitan dengan panduan keselamatan di internet berdasarkan isu dan keperluan semasa. Tayangan video Klik Dengan Bijak serta pengenalan kepada Portal Sebenarnya.My bagi mencari kesahihan sesuatu berita yang tular. Para perserta dapat memahami sesuatu maklumat yang diberikan dengan mudah dan pantas.
Tarikh : 18 Oktober 2018 Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang Lokasi : Sekolah Kebangsaan Legeh Jumlah Peserta : 30 orang |
TUJUAN :
Memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam lapangan Programming serta panduan kesedaran penggunaan Internet dan e-Sisa. Di samping itu, ia mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet Kluster Jeli dan juga pihak sekolah.
AKTIVITI :
Pembelajaran dan latihan asas mengenai bidang Programming melalui aktiviti mudah dan menarik. Para peserta dilatih oleh para petugas secara terperinci sehingga dapat menguasai asas dengan baik. Di samping itu, peserta juga diberi taklimat mengenai panduan kesedaran penggunaan internet secara berhemah dan kepentingan pelupusan e-sisa (Mobile E-Waste) mengikut saluran yang betul. Kuiz terbuka turut diadakan dan hadiah disediakan kepada peserta terbaik dan pemenang.