Tarikh : 17 November 2018

Masa : 03.00 petang - 05.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

 

TUJUAN :

Memberi pengukuhan terhadap pengetahuan asas umum serta memupuk rasa kecintaan terhadap Baginda Rasulullah SAW. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan dan permainan kuiz atas talian yang interaktif. Para peserta diberi masa untuk mencari maklumat dan mengulangkaji sebelum sesi permainan dijalankan. Para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz atas talian dalam masa yang ditetapkan. Hadiah diberikan kepada peserta terbaik.

 

Gambar Di Sini