Tarikh : 10 Julai 2019

Masa : 03.30 petang - 04.30 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 4 orang

 

TUJUAN :

Memberi pendedahan, serta panduan dan juga kesedaran tentang pembuangan e-Sisa Mudah Alih. Di samping itu, ia mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para pengguna.

AKTIVITI :

Penerangan kepada peserta mengenai panduan, kesedaran dan kepentingan pelupusan e-Sisa (Mobile E-Waste) mengikut saluran yang betul. Para peserta mencari maklumat dan informasi melalui laman web rasmi yang disediakan. Kuiz atas talian turut diadakan dan hadiah disediakan kepada peserta terbaik.

Gambar Di Sini

Tarikh : 14 Jun 2019

Masa : 4.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 10 orang

TUJUAN :

Memberi pengukuhan kepada pengetahuan asas peserta sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan juga peserta.

AKTIVITI :

Para peserta dikehendaki menjawab kuiz atas talian bertemakan Aidilfitri. Peserta juga diberi masa dan peluang untuk mencari maklumat sebelum pertandingan berlangsung. Tiga peserta yang mengumpul markah tertinggi dinobatkan sebagai pemenang dan diberikan hadiah duit raya.

Gambar Di Sini

Tarikh : 16 Mei 2019

Masa : 02.00 petang - 04.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 4 orang

 

TUJUAN :

Melatih peserta supaya menaip dengan cekap dan sempurna. Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan juga peserta.

AKTIVITI :

Para peserta dikehendaki menaip surat rasmi dan artikel menggunakan MS Word mengikut panduan dan masa yang diberikan. Selain itu, terdapat juga permainan menaip pantas RapidTyping. Saguhati disediakan kepada peserta terbaik.

Gambar Di Sini

Tarikh : 24 Mei 2019

Masa : 03.00 petang - 04.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 10 orang

 

TUJUAN :

Menguji pengetahuan am peserta tentang Ramadan dan Kitab Suci Al-Quran. Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan komuniti.

AKTIVITI :

Para peserta dikehendaki menjawab kuiz atas talian tentang Al-Quran dan juga bulan Ramadan. Sebelum pertandingan, para peserta diberi masa untuk mengulangkaji dan mencari maklumat tentang tema yang telah diberitahu. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang pelupusan e-sisa mengikut saluran yang betul. Peserta terbaik yang mencatat markah paling tinggi menerima hadiah saguhati.

Gambar Di Sini

Tarikh : 08 Mei 2019

Masa : 04.00 petang - 05.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 10 orang

 

TUJUAN :

Semarak sambutan dan menguji pengetahuan am peserta tentang keistimewaan bulan Ramadhan. Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan juga peserta.

AKTIVITI :

Para peserta dikehendaki mencipta satu poster ringkas Salam Ramadhan menggunakan MS Publisher. Mereka juga diberi masa untuk mencari maklumat dan mengulangkaji. Pertandingan kuiz atas talian bertemakan bulan Ramadhan. Para peserta diberikan soalan-soalan pengetahuan asas tentang Islam dan Ramadhan khususnya. Saguhati disediakan kepada peserta terbaik setiap kategori pertandingan. 

Gambar Di Sini