Tarikh :  26 September 2019

Masa : 04.00 petang - 05.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 10 orang

 

TUJUAN :

Memberi panduan dan kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak serta berhemah. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan asas semasa peserta. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan kuiz atas talian yang bertemakan KDB. Para peserta diberi masa untuk mencari maklumat dan mengulangkaji sebelum pertandingan bermula. Perbincangan turut diadakan antara para peserta. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik secara keseluruhan.

Gambar Di Sini

Tarikh : 7 September 2019

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi : Gunung Reng Batu Melintang

Jumlah Peserta : 100 orang

 

TUJUAN :

Pameran (Booth) agensi sempena Program Jejak Merdeka Gunung Reng 2019. Memupuk semangat kemerdekaan dan kecintaan kepada negara serta menguji pengetahuan asas pengunjung tentang kemerdekaan, negara dan lain-lain. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara Pusat Internet Kluster Jeli dan juga komuniti berdekatan.

AKTIVITI :

Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya ialah permainan Bebola KDB, Kuiz, Dam Ular, Puzzle dan banyak lagi. Hadiah disediakan dan diberikan kepada para pemenang. Selain itu, terdapat pameran dan perkhidmatan daripada agensi-agensi tertentu seperti Ar-Rahnu Yapeim, Pustaka Desa, Jabatan Bomba & Penyelamat dan lain-lain lagi. Sesi cabutan bertuah turut diadakan kepada para pengunjung.

Gambar Di Sini

Tarikh : 5 Ogos 2019

Masa : 08.00 Pagi - 02.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Kampung RenyuK

Jumlah Peserta/Pengunjung : 150 Orang

TUJUAN :

Merupakan program tahunan Pusat Internet. Objektif utama program ini ialah untuk memperkenal perkhidmatan dan program yang disediakan oleh pihak Pusat Internet. Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara Pusat Internet dan juga komuniti berdekatan.

AKTIVITI :

Pelbagai aktiviti diadakan mengikut kategori tertentu. Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran kesedaran penggunaan Internet secara berhemah, RapidTyping, Seni Kreatif/Gubahan, Origami Youtube, Mini Explorace, Mencipta Poster, Bebola KDB, Kuiz Terbuka, Colouring Pages dan banyak lagi. Selain itu, pameran dan perkhidmatan daripada agensi-agensi tertentu seperti Tabung Haji, Ar-Rahnu Yapeim, Klinik Kesihatan & Kospen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut  disediakan kepada para pengunjung. Sesi cabutan bertuah turut diadakan kepada pengunjung.

Gambar Di Sini

Tarikh : 28 Ogos 2019

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

 

TUJUAN :

Memupuk semangat kemerdekaan dan kecintaan kepada negara serta menguji pengetahuan asas peserta tentang kemerdekaan, negara dan lain-lain. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan yang bertemakan kemerdekaan negara yang ke 62. Peserta diberi masa untuk mengulangkaji dan mencari maklumat di Internet sebelum sesi pertandingan kuiz bermula. Peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz atas talian yang bertemakan kemerdekaan negara. Hadiah diberikan kepada peserta terbaik.

Gambar Di Sini

Tarikh : 4 Ogos 2019

Masa : 03.00 petang - 05.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 10 orang

 

TUJUAN :

Melatih para peserta mencipta poster dengan menggunakan perisian asas dalam komputer (Microsoft Publisher) sempena program Hari Bersama Komuniti dan bulan Kemerdekaan 2019. Di samping itu, ia mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga komuniti.

AKTIVITI :

Para peserta dikehendaki mencipta poster yang bertemakan Kemerdekaan 62 yang akan disambut pada bulan ini dengan menggunakan Microsoft Publisher. Hadiah disediakan kepada tiga peserta terbaik.

Gambar Di Sini