Tarikh : 08 November 2018

Masa : 03.00 petang - 04.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

 

TUJUAN :

Memberi pendedahan, pengetahuan asas  serta panduan dan juga kesedaran tentang pembuangan e-Sisa Mudah Alih . Di samping itu, ia mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para pengguna.

AKTIVITI :

Penerangan  kepada peserta mengenai panduan, kesedaran dan kepentingan pelupusan e-Sisa (Mobile E-Waste) mengikut saluran yang betul. Para peserta mencari bahan dan informasi melalui laman web yang disediakan. Kuiz atas talian turut diadakan dan hadiah disediakan kepada peserta terbaik.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 26 Oktober 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 11 orang

 

TUJUAN :

Memberi pendedahan dan panduan kepada peserta tentang penggunaan internet secara bijak dan berhemah serta penyebaran berita palsu.

AKTIVITI :

Soal jawab serta kuiz atas talian berkaitan dengan panduan keselamatan di internet berdasarkan isu dan keperluan semasa. Tayangan video Klik Dengan Bijak serta pengenalan kepada Portal Sebenarnya.My bagi mencari kesahihan sesuatu berita yang tular. Para perserta dapat memahami sesuatu maklumat yang diberikan dengan mudah dan pantas.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh : 18 Oktober 2018

Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Legeh

Jumlah Peserta : 30 orang

 

TUJUAN :

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam lapangan Programming serta panduan kesedaran penggunaan Internet dan e-Sisa. Di samping itu, ia mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet Kluster Jeli dan juga pihak sekolah.

AKTIVITI :

Pembelajaran dan latihan asas mengenai bidang Programming melalui aktiviti mudah dan menarik. Para peserta dilatih oleh para petugas secara terperinci sehingga dapat menguasai asas dengan baik. Di samping itu, peserta juga diberi taklimat mengenai panduan kesedaran penggunaan internet secara berhemah dan kepentingan pelupusan e-sisa (Mobile E-Waste) mengikut saluran yang betul. Kuiz terbuka turut diadakan dan hadiah disediakan kepada peserta terbaik dan pemenang.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 25 Oktober 2018

Masa : 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 10 orang

 

TUJUAN :

Memberi pendedahan dan panduan kepada peserta tentang penggunaan internet secara bijak dan berhemah.

AKTIVITI :

Tayangan video Klik Dengan Bijak. Soal jawab serta kuiz atas talian berkaitan dengan panduan keselamatan di internet berdasarkan isu dan keperluan semasa. Para perserta dapat memahami sesuatu maklumat yang diberikan dengan mudah dan pantas.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 18 Oktober 2018

Masa : 03.00 Petang - 04.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 8 orang

TUJUAN :

Melatih serta memberi pengukuhan dan pengetahuan asas peserta dalam subjek Matematik melalui kuiz yang interaktif. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pusat Internet dan juga para peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan dan permainan Matematik yang sangat menarik iaitu Math Bingo dan kuiz atas talian. Para peserta diberi latihan terlebih dahulu sebelum sesi permainan dijalankan. Para peserta dikehendaki menjawab soalan kuiz atas talian dalam masa yang ditetapkan. Hadiah diberikan kepada peserta terbaik.

 

Gambar Di Sini