Tarikh : 24 Mei 2018

Masa : 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi : Pi1M Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 12 orang

TUJUAN :

Menguji pengetahuan am peserta tentang keistimewaan bulan Ramadhan. 

AKTIVITI :

Para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan mereka dikehendaki menjawab kuiz atas talian bertemakan bulan Ramadhan. Mereka diberikan soalan-soalan pengetahuan am tentang Islam dan tentang Ramadhan khasnya. Terdapat 3 peringkat permainan yang perlu ditempuhi oleh setiap kumpulan. Dua kumpulan yang mengumpul markah tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang dan layak menerima hadiah yang disediakan.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 18 Mei 2018

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi : Pi1M Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

TUJUAN :

Memberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan asas perisian Microsoft Publisher.

AKTIVITI :

Para peserta diajar cara mencipta asas kad ucapan dengan menggunakan teknik dan langkah yang mudah. Para peserta juga diberikan contoh-contoh kad ucapan sebagai rujukan. Selain itu, peserta juga dikehendaki menyiapkan satu kad ucapan dengan menggunakan Microsoft Publisher mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 26 April 2018

Masa : 10.00 Pagi - 02.00 Petang

Lokasi : SMU (A) Al - Diniah Batu Melintang

Jumlah Peserta : 40 orang

TUJUAN :

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam lapangan Programming serta panduan kesedaran penggunaan Internet secara berhemah. Di samping itu, ia mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pi1M Kluster Jeli dan juga pihak sekolah.

AKTIVITI :

Pembelajaran dan latihan asas mengenai bidang Programming melalui aktiviti mudah dan menarik. Para peserta dilatih oleh para petugas secara terperinci sehingga dapat menguasai asas dengan baik. Di samping itu, peserta juga diberi taklimat mengenai panduan kesedaran penggunaan internet secara berhemah. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik.

Gambar Di Sini

Tarikh : 3 Mei 2018

Masa : 08.00 Pagi - 02.00 Petang

Lokasi : Pi1M Kg Tunku Abd Rahman Putra

Jumlah Peserta / Pengunjung : 245 orang

TUJUAN :

Merupakan program kerjasama antara 4 Pi1M Zon Jeli iaitu Pi1M Kg Tunku Abd Rahman, Pi1M Kg Renyuk, Pi1M Jeli dan Pi1M Batu Melintang.Objektif utama program ini ialah untuk memberi kesedaran dan panduan mengenai penggunaan internet secara berhemah serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Pi1M. Di samping itu, ia juga mengeratkan lagi hubungan antara petugas Pi1M dan juga komuniti berdekatan.

AKTIVITI :

Aktiviti kesedaran bertemakan Sebenarnya.My, Check Your Label, Klik Dengan BIjak, Mobile-Ewaste dan Lain-lain. Permainan atas talian, Treasure Hunt, Mini Explorace, KDB Typing, KDB Coloring, KDB Talk serta Open Quiz turut dijalankan. Sesi cabutan bertuah turut diadakan bagi pengunjung bertuah.

Gambar Di Sini

Tarikh : 19 April 2018

Masa : 4.00 petang - 6.00 petang

Lokasi : Pi1M Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 4 orang

TUJUAN :

Memberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan asas perisian Microsoft Word.

AKTIVITI :

Para peserta diajar cara mencipta asas sijil dengan menggunakan teknik dan langkah yang mudah. Para peserta juga diberikan contoh-contoh sijil sebagai rujukan. Selain itu,kuiz atas talian juga turut diberikan sebagai latihan pengukuhan. 

Gambar Di Sini