Tarikh : 11 Disember 2019

Masa : 02.30 petang - 04.30 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 6 orang

 

TUJUAN :

Memberi pengetahuan dan pengukuhan asas melalui permainan atas talian. Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas PI dan juga komuniti.

AKTIVITI :

Permainan atas talian Ducksters.com serta kuiz atas talian Quizziz.com yang merangkumi pelbagai topik atau modul seperti Typing, Puzzle, Mathematic, Klik Dengan Bijak (KDB) dan lain-lain. Peserta dapat memperolehi sesuatu maklumat dengan mudah dan pantas. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik secara keseluruhan.

Gambar Di Sini

Tarikh : 9 Disember 2019

Masa : 03.00 petang - 05.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

 

TUJUAN :

Memberikan pengetahuan serta pendedahan dan panduan kepada budaya klik dengan bijak kepada pengguna. Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas PI dan juga komuniti.

AKTIVITI :

Permainan atas talian Quizziz.com yang merangkumi topik atau modul seperti Klik Dengan Bijak (KDB), Mobile e-Waste, Maklumat Am, Isu Semasa dan lain-lain lagi. Para peserta dapat memperolehi sesuatu maklumat dengan mudah dan pantas. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik.

 

Gambar Di Sini

Tarikh :  17 Oktober 2019

Masa : 10.00 pagi - 01.00 petang

Lokasi : Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli 2

Jumlah Peserta : 18 orang

 

TUJUAN :

Memberi panduan dan kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak serta berhemah. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan asas semasa peserta. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas, peserta dan juga pihak sekolah.

AKTIVITI :

Aktiviti dalam kumpulan yang bertemakan ICT dan Klik Dengan Bijak. Setiap kumpulan diberi masa menyiapkan tugasan yang diberikan serta dibantu oleh seorang Petugas PI yang bertindak sebagai Fasilitator. Sesi pembentangan, soal jawab dan kuiz terbuka turut diadakan. Hadiah disediakan kepada kumpulan terbaik secara keseluruhan.

Gambar Di Sini

Tarikh :  06 November 2019

Masa : 03.30 petang - 04.30 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 5 orang

 

TUJUAN :

Memberi panduan dan kesedaran tentang kepentingan penggunaan barangan elektronik yang mendapat pengesahan daripada pihak berwajib. Peserta juga diajar cara untuk memeriksa status pengesahan SIRIM pada peranti mereka. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan asas semasa peserta. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan kuiz atas talian yang bertemakan Check Your Label. Para peserta diberi masa untuk mencari maklumat dan mengulangkaji dengan tunjuk ajar petugas Pusat Internet sebelum pertandingan bermula. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik secara keseluruhan.

 

Gambar Di Sini

Tarikh :  12 Oktober 2019

Masa : 11.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi : Pusat Internet Kampung Renyut

Jumlah Peserta : 6 orang 

 

TUJUAN :

Memberi panduan dan kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak serta berhemah. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan asas semasa peserta. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan kuiz atas talian yang bertemakan Klik Dengan Bijak (Buli Siber). Para peserta diberi masa untuk mencari maklumat dan mengulangkaji sebelum pertandingan bermula. Perbincangan turut diadakan antara para peserta. Saguhati disediakan kepada peserta terbaik.

Gambar Di Sini