Tarikh : 5 Ogos 2019

Masa : 08.00 Pagi - 02.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Kampung RenyuK

Jumlah Peserta/Pengunjung : 150 Orang

TUJUAN :

Merupakan program tahunan Pusat Internet. Objektif utama program ini ialah untuk memperkenal perkhidmatan dan program yang disediakan oleh pihak Pusat Internet. Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara Pusat Internet dan juga komuniti berdekatan.

AKTIVITI :

Pelbagai aktiviti diadakan mengikut kategori tertentu. Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran kesedaran penggunaan Internet secara berhemah, RapidTyping, Seni Kreatif/Gubahan, Origami Youtube, Mini Explorace, Mencipta Poster, Bebola KDB, Kuiz Terbuka, Colouring Pages dan banyak lagi. Selain itu, pameran dan perkhidmatan daripada agensi-agensi tertentu seperti Tabung Haji, Ar-Rahnu Yapeim, Klinik Kesihatan & Kospen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut  disediakan kepada para pengunjung. Sesi cabutan bertuah turut diadakan kepada pengunjung.

Gambar Di Sini