Tarikh : 24 Julai 2020

Masa : 10.00 pagi - 01.00 petang

Lokasi : PI Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 4 orang

 

TUJUAN :

Memberi pengenalan, pendedahan serta asas memulakan perniagaan atas talian melalui medium Shopee.

AKTIVITI :

Peserta diberikan pengenalan kepada permulaan pendaftaran perniagaan atas talian Shopee. Para peserta diajar bagaimana hendak memulakan sebuah perniagaan dalam Shopee dan seterusnya menyediakan kedai di dalam aplikasi tersebut. Peserta juga turut diajar teknik suntingan gambar produk terbaik untuk dimuat naik menggunakan cara mudah dan pantas. Selain itu, cara menguruskan pesanan pelanggan dari mula hinggalah ke peringkat akhir jual beli di aplikasi Shopee turut diajar kepada para peserta. Pertandingan kuiz atas talian (Mobile E-waste) turut diadakan sebagai aktiviti sampingan. 

Gambar Di Sini

Tarikh :  27 Februari 2020

Masa : 04.00 petang - 05.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 8 orang

 

TUJUAN :

Memberi panduan dan kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak serta berhemah. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan asas semasa peserta. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan mewarna yang bertemakan KDB. Penerangan, bimbingan dan perbincangan antara petugas dan para peserta turut diadakan. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik secara keseluruhan.

Gambar Di Sini

Tarikh : 07 Januari 2020

Masa : 05.00 petang - 06.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 8 orang

 

TUJUAN :

Mewujudkan rasa semangat sempena awal tahun baharu 2020. Memberi pengukuhan kepada pengetahuan asas melalui aktiviti santai dan menarik. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan juga komuniti.

AKTIVITI :

Pertandingan kuiz atas talian yang merangkumi pelbagai soalan asas terutamanya tentang ICT. Sebelum pertandingan bermula, perserta diberi masa untuk mencari maklumat dan mengulangkaji tentang topik atau modul yang diberitahu. Peserta yang mengumpul jumlah markah tertinggi secara keseluruhan diberikan hadiah dan saguhati.

Gambar Di Sini

Tarikh :  6 Februari 2020

Masa : 03.00 petang - 04.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kampung Renyut

Jumlah Peserta : 9 orang 

 

TUJUAN :

Memberi panduan dan kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak serta berhemah. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan asas semasa peserta. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan kuiz atas talian yang bertemakan Klik Dengan Bijak dan Buli Siber khususnya. Para peserta diberi masa untuk mencari maklumat dan mengulangkaji sebelum pertandingan bermula. Perbincangan turut diadakan antara para peserta. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik.

Gambar Di Sini

Tarikh : 12 Disember 2019

Masa : 03.00 petang - 04.00 petang

Lokasi : Pusat Internet Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 8 orang

 

TUJUAN :

Memberi panduan dan kesedaran tentang keselamatan di internet kepada para peserta. Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas PI dan juga para peserta.

AKTIVITI :

Permainan kuiz atas talian (Quizziz.com) yang merangkumi modul Klik Dengan Bijak. Peserta dapat memperoleh pengetahuan tentang isu dan cara menjaga keselamatan diri di internet secara tidak langsung. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik secara keseluruhan. 

Gambar Di Sini