Tarikh : 23 November 2023

Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 4 orang

TUJUAN :

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada kepada TikTok Shop.

AKTIVITI :

Teori dan tunjuk ajar langsung tentang cara memulakan perniagaan di aplikasi TikTok Shop. Panduan dan perkongsian pelbagai tip. Aktiviti kuiz pengukuhan atas talian turut diadakan. Latihan dan tunjuk ajar diberikan oleh Rakan Digital PEDi Tunku Abd Rahman. 

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 18 November 2023

Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 7 orang

TUJUAN :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara membuat tangan robotik dengan hanya menggunakan kertas, benang dan juga straw.

AKTIVITI :

Tayangan video melalui saluran Youtube serta tunjuk ajar daripada petugas PEDi kepada peserta cara membuat  tangan robotik dengan hanya menggunakan kertas, benang dan juga straw. Seterusnya setelah tangan robotik masing-masing telah siap, para peserta bergambar dengan hasil kerja mereka.

Gambar Di Sini

Tarikh : 29 Oktober & 3 November 2023

Masa : 9.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 5 orang

TUJUAN :

Memberi panduan dan pengetahuan berkaitan proses kendali makanan yang betul. Di samping itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara PEDi dan juga peserta.

AKTIVITI :

Kursus atau latihan ini diadakan secara dalam talian dan diajar oleh tenaga pengajar terlatih. Sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sah seumur hidup diberikan kepada para peserta yang tamat latihan.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 9 Nov 2023

Masa : 3.30 Petang - 4.40 Petang

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 5 orang

 

TUJUAN :

Pengukuhan, latihan dan pemahaman kepada sesuatu subjek. (Bahasa Melayu).

AKTIVITI :

Tunjuk ajar serta penerangan daripa staf PEDi. Seterusnya para peserta membuat latih tubi dengan bimbingan daripada staf PEDi.

Gambar Di Sini

Tarikh : 27 & 28 Okt 2023

Masa : 9.00 Pagi - 6.00 Petang

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 4 orang

 

TUJUAN :

Pengukuhan dan pemahaman kepada sesuatu subjek. (Kemahiran Membaca English, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Melayu).

AKTIVITI :

Pembelajaran atas talian oleh guru yang berpengalaman. Perbincangan dua hala antara guru dan murid turut diadakan secara atas talian yang disertai oleh pelajar Sekolah Rendah. 

Gambar Di Sini