Tarikh :  18 Januari 2024

Masa : 03.30 petang - 04.30 petang

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 5 orang

 

TUJUAN :

Memberi panduan dan kesedaran tentang penggunaan internet secara bijak serta berhemah. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan asas semasa peserta. Selain itu, ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara petugas dan peserta.

AKTIVITI :

Pertandingan kuiz atas talian (Quizziz.com) yang bertemakan KDB. Penerangan, bimbingan dan perbincangan antara petugas dan para peserta turut diadakan. Hadiah disediakan kepada peserta terbaik secara keseluruhan.

Gambar Di Sini

Tarikh : 8 Dis 2023

Masa : 3.30 Petang - 4.40 Petang

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 5 orang

 

TUJUAN :

Pengukuhan, latihan dan pemahaman kepada sesuatu subjek. (Matematik).

AKTIVITI :

Tunjuk ajar serta penerangan daripa staf PEDi. Seterusnya para peserta membuat latih tubi dengan bimbingan daripada staf PEDi.

Gambar Di Sini

 

 

Tarikh : 18 Disember 2023

Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 11 orang

TUJUAN :

Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara membuat bintang krismas dengan hanya menggunakan dua helai kertas.

AKTIVITI :

Tayangan video melalui saluran Youtube serta tunjuk ajar daripada petugas PEDi kepada peserta cara membuat  bintang krismas 3D dengan hanya menggunakan dua keping kertas Seterusnya setelah bintang masing-masing telah siap, para peserta bergambar dengan hasil kerja mereka.

 

Gambar Di Sini

Tarikh : 21 Disember 2023

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 5 orang

TUJUAN :

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada kepada TikTok Shop dan Shopee Seller Centre.

AKTIVITI :

Teori dan tunjuk ajar langsung tentang cara memulakan perniagaan di aplikasi TikTok Shop dan juga Shopee Shop. Panduan dan perkongsian pelbagai tip. Aktiviti kuiz pengukuhan atas talian turut diadakan. Latihan dan tunjuk ajar diberikan oleh Rakan Digital PEDi Tunku Abd Rahman. 

Gambar Di Sini

Tarikh : 5 Disember 2023

Masa : 4.30 petang - 5.30 petang

Lokasi : PEDi Kg Renyuk

Jumlah Peserta : 3 orang

TUJUAN :

Memberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan asas perisian Microsoft Powerpoint.

AKTIVITI :

Para peserta diajar cara membuat slide pembentangan dengan menggunakan teknik dan langkah yang mudah melalui perisian Microsoft Powerpoint. Para peserta dikehendaki menceritakan tentang diri masing-masing di dalam lembaran kerja mereka. Seterusnya peserta diminta membuat pembentangan kerja masing-masing di hadapan staf yang bertugas.   

Gambar Di Sini