Penamatan 3g

APA ITU PENAMATAN RANGKAIAN 3G?

Merupakan rancangan di bawah Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memperbaik serta menaiktaraf lagi rangkaian infrastruktur digital negara supaya rakyat dapat menikmati pengalaman internet yang lebih pantas dan baik. Selain daripada internet yang lebih pantas, penamatan rangkaian 3G ini juga akan turut membantu rakyat menikmati kadar latensi internet yang lebih rendah, sekaligus meningkatkan kestabilan rangkaian dan meningkatkan kualiti pengalaman untuk para pengguna. Rangkaian 4G akan menjanjikan capaian internet yang lebih laju dan tinggi selepas rangkaian 3G ditamatkan sepenuhnya pada akhir tahun 2021. Syarikat komunikasi akan memperingatkan anda tentang penaiktarafan ini melalui SMS, e-mel, dan platform-platform lain. Bagi anda yang telah sedia menggunakan peranti 4G, anda akan disambungkan secara automatik ke rangkaian 4G.