Tarikh : 6 Ogos 2020 Masa : 10.00 pagi - 01.00 petang Lokasi : PI Kg Renyuk Jumlah Peserta : 2 orang |
TUJUAN :
Memberi pengenalan, pendedahan serta asas memulakan perniagaan atas talian melalui medium Shopee.
AKTIVITI :
Peserta diberikan pengenalan kepada permulaan pendaftaran perniagaan atas talian Shopee. Para peserta diajar bagaimana hendak memulakan sebuah perniagaan dalam Shopee dan seterusnya menyediakan kedai di dalam aplikasi tersebut. Peserta juga turut diajar teknik suntingan gambar produk terbaik untuk dimuat naik menggunakan cara mudah dan pantas. Selain itu, cara menguruskan pesanan pelanggan dari mula hinggalah ke peringkat akhir jual beli di aplikasi Shopee turut diajar kepada para peserta.