Tujuan

Hari Dashboard diadakan bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan Dashboard Komuniti kepada penduduk setempat.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan sepanjang hari dashboard ini dimulakan dengan pendaftaran pengunjung seterusnya taklimat mengenai peranan dan fungsi dashboard kepada penduduk setempat. Selepas itu, peserta diperkenalkan dengan aplikasi dashboard komuniti yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar. Peserta juga digalakkan memuat naik barangan yang mereka jual di dalam MyShop. Selepas itu peserta digalakkan membuat pemeriksaan kesihatan dengan pertolongan petugas pi1m menggunakan aplikasi MyHealth. Majlis diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang peserta pertandingan kuiz dashboard attack. 

Gambar Disini