Tarikh   : 9 - 10 Ogos 2017

Masa     : 9:00 Pagi - 4:00 Petang

Lokasi   : Bilik Latihan Pi1M Kg Renyuk

Peserta : 10 Orang

 

Tujuan

Program ini merupakan program kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIM) mengikut sasaran atau target peserta yang telah ditetapkan. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan, penambahbaikan serta menyesuaikan diri peserta dengan penggunaan perisian aplikasi pada masa kini.

Antara objektif program ini diadakan adalah :

  • 1) Untuk membantu peserta menjadi pengguna yang mahir ICT serta boleh menggunakan perisian aplikasi asas secara berkesan dalam aktiviti harian mereka.
  • 2) Mempersiapkan diri peserta agar fleksibel dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi sekarang dan pada masa hadapan.
  • 3) Membantu JAKIM dan JAIN ke arah pelaksanaan Pelan Tindakan Dakwah Negara tahun 2016-2019 iaitu bekerjasama dalam memperbanyakkan kandungan berunsur Islam di alam siber.

 

Aktiviti

Kelas ini dihadiri oleh lima orang guru kafa dan 5 orang Ajk Masjid. Para peserta diajar mengenai kemahiran asas ict berdasarkan modul yang telah diberi. Sesi pembelajaran modul ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama diadakan pada 9 Ogos 2017 (Rabu) peserta diajar mengenai gmail, facebook, instagram. Sesi kedua diadakan pada 10 Ogos 2017 (Khamis) peserta diajar mengenai blog, youtube/video online dan aplikasi mobile. Selain itu, sijil dan makan minum juga disediakan secara percuma kepada para peserta.

Gambar Disini